Siapa nak duit klik sini

Saturday 10 October 2009

Program bengkel Pengadil dan Teknik Paintball berjalan lancar


Pada 3 Oktober 2009 yang lalu.,telah diadakan Bengkel Pengadilan dan teknik Paintball yang diadakan di Arena Paintball yang terletak di jalan Dato Haji Kosai,Muar Johor.Dengan acara yang dirancang secara teratur,maka kelancaran aktiviti ini berjalan dengan jayanya.

Aktiviti pertama yang diaturkan untuk kami untuk menjadi seorang Marshal ialah dengan mempelajari Teori-teori dan tips-tips yang berkaitan dengan Paintball yang dikepalai oleh Pengajar kami iaitu En junaidi bin Kalil,Presiden kepada salah satu badan pengadilan paintball dimalaysia iaitu Malaysian Marshal.Segala teknik-teknik asas mengenai undang-undang paintball yang mesti diketahui oleh Marshal dan juga Para Pemain.

Kami juga diajar untuk menghadapi karenah pemain dan masalah biasa yang dihadapi oleh setiap Pengadil di Malaysia ini.


Penerangan yang Jelas oleh En JunaidiTekun Mendengar


Sudah habis kursus teori yang dinyatakan oleh En Junaidi ini,Kami melangkah keluar daripada bilik ini untuk menjalani aktiviti yang seterusnya iaitu Teknik yang betul untuk bermain sebagai seorang Paintballer.

Aktiviti ini dijayakan Pula oleh Pasukan XFox ,johan divisyen 1 MPOC 2009 yang mengajar kami bagi silibus yang seterusnya.Antara perkara yang termasuk dalam pembelajaran adalah seperti berikut:

  1. Teknik pemanas badan yang betul
  2. Marker handeling
  3. Standing
  4. Baseball Sliding dan Superman sliding
  5. Snap Shooting
  6. BreakOut dan Breakout shooting
  7. Teknik-teknik yang memantapkan cara permainan
  8. Walk the field
  9. Dan banyak lagi

Ini bukan bacaan Ikrar
Penerangan


pesediaan
Pelajaran marker Handeling dan juga Posting
Sempat juga

Teknik betul BreakOut
BaseBall Sliding

Pengajaran Superman Sliding

Selepas semua silibus diajar termasuklah silibus yang terakhir iaitu walk the field.,Tibalah masanya untuk kami semua mempraktiskan apa yang diajar oleh mereka.Pada masa ini,para peserta akan dibahagikan kepada 3 kumpulan.Setiap kumpulan terdiri kepada 5 orang.Kami akan bermain bersama-sama dan menentang X Fox

Pada ketika ini,akan dibahagikan 2 kumpulan pada ketika ini iaitu 1 pasukan yang menentang pasukan X Fox,manakala 1 pasukan lagi menjadi Marshal dibawah bimbingan En Junaidi.

X Fox Beraksi

Penangan X Fox


Keputusan daripada perlawanan tersebut.,tak ada satu pasukan pun yang menang..hahaha
Namun penilaian mereka bukan kepada kemenangan,tetapi kepada prestasi dan meningkatan dari segi teknik dan komunikasi



Gambar Kenangan

Friday 25 September 2009

Bengkel Pengadil dan Teknik Paintball

Pada 3hb oktober ini,Pasukan PKRM Fraternity akan menganjurkan Bengkel Pengadilan dan Teknik Paintball kepada semua peminat paintball disekitar Muar.Dikatakan bahawa team XFox MPOC 09 akan turun untuk memberikan tips pengadilan dan teknik yang betul.Selain itu,bengkel ini juga turut disertai oleh En Jun daripada Malaysia Marshal.



Seharusnya para peminat Paintball mengambil kesempatan ini untuk mempelajari dengan lebih mendalam tentang selok belok dan teknik-teknik bermain Paintball.


Segala maklumat mengenai bengkel ini adalah seperti berikut:

Tarikh:3hb Oktober 2009
Tempat:Arena Jalan Dato Haji Kosai(Tempat biasa port Paintballer)
Masa:8.00am
Yuran:RM10 sahaja

Jadi pastikan anda tidak melepaskan peluang ini...

Apa2 yang tak faham boleh menghubungi kami di ruangan borak ditepi blog ini...Meriahkan bengkel ini

Tuesday 15 September 2009


Kepada Semua Peminat sukan Paintball.,selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri..Walaupun di hari raya,Paintball jangan dilupa.

Saturday 8 August 2009

Cara Terbaik Menghubungi ahli Pasukan


Untuk team Ask_Core Unit,penerangan mahupun maklumat yang perlu diberikan kepada ahli pasukan ialah melalui e-mel mahupun myspace..,Walaupun ahli pasukan kami dilahirkan dizaman moden.,ada juga ahli kami yang masih duduk di zaman batu lagi.,alat untuk bersosial tak ada.,jadi ketua pasukan terpaksalah menghubungi melalui tepon je.,

Untuk rangkaian telikomunikasi.,berikut merupakan link2 yang selalui mebantu untuk pasukan kami

Azmir (Pejuang Kesenian Extreme)
Myspace
Blogger

Helmi(Hell Me)
Myspace

Solehin(SS)
Myspace

Hafiz(Limbong)
Tak da myspace da


Faizal(Pejal)
Sama juga da


Syukri(Syuk)
Myspace

Sunday 28 June 2009

Pertandingan Terbuka SEDAR Kali ke-2


Bergambar dengan Team lain




Pada 27/06/2009 yang lalu..,Satu kejohanan Paintball Terbuka SEDAR berlangsung di Padang Rasmi SMk Dato Sri Amar diraja,Muar,Johor..Penyertaan pasukan adalah sebanyak 20 Team.

Pasukan Ask_Core Unit menyertai kejohanan ini untuk mempertahankan kejuaraan ini yang dimenangi pada tahun lalu..
Gambar 3 Sekawan

Satu Pasukan

Seperti biasa perlawananan ditempuhi bagi meningkatkan kesefahaman,pengalaman dan kecekapan dalam semangat berpasukan..Pasukan Ask_Core Unit pada hari tersebut diwakili oleh:

Azmir:Right Backman(Captain)
Limbong:Right Frontman
Solehin:Midsman
Helmi:Left backman
Irfan:Left Backman(Pada hari pertama sahaja)
Syukri:Left Frontman

kami semua sebenarnya mencari segala jenis pertandingan paintball di daerah Muar untuk disertai..Jadi kami akan masuk pertandingan tersebut walaupun hadiah Utamanya ialah Stok sayur kobis selama setahun...Semua ini kami lakukan hanyalah kerana kami minat kami terhadap sukan Paintball ini..
Bersantai ketika menunggu giliran

Apa yang saya ingin katakan disini adalah mengenai format pertandingan tersebut dan peraturan yang disediakan untuk Player..

Untuk perhatian Tuan dan Puan.,Format pertandingan tersebut bukanlah mengikut format pertandingan Malaysian Paintball League.,mahupun MPOC..,dan bukanlah sejauh NPPL(US)..,tetapi lagi jauh beb...Undang2 Paintball Planet Pluto..Nak tahu mengapa aku berkata demikian..

Format asalnya ialah Capture the flag..

Tapi.,

1 orang:10 markah
Ambil Bendera:10 markah
Bendera sampai ke tempat sendiri:Tampah lagi 10 Markah
Pallet:Setiap orang diber 20 biji pallet..,Sape nak nak pallet lebih beli sendiri..,bagi tahupun last minute(walaupun rasa cam ni berat sebelah.,aku faham,Hal pallet ni ni x de hal la)

Peh.,Markah kat orang je dah sampai 50 markah..

kalau macam tu..,bukan main Capture the Flag..baik main against team atau team battle..

Lagi satu hal ialah mutu pengadilan...Aku tak cakap semua pengadil kat tournament ni bengong sal ada pengadil yang yang sememangnya berpengalaman dan aku pun respect dia..Tapi yang tak boleh bla pengadil yang baru ni..Ada ke patut palet splash leh kira dead..Tu memang tak boleh tahan..

TApi aku rasa tournament ni lah paling bermasalah yang aku sertai..Ha..

Ask_Core Unit Vs Sharp Shooter=Ask_Core Unit Won
Ask_Core Unit Vs Little Assasin=Ask_Core Unit Won
Ask_Core Unit vs KBM Crew=Ask_Core Unit Lost

Masa lawan dengan KBM Crew memang nampak jauh ketara..Kira Ask_Core Unit dengan KBM Crew memang jauh sekali standard daripada pasukan lain..Tapi sayang..,kami bertemu pada pusingan ke 3..main peluru hujan beb...

Ask_Core Unit:Anggaran 250-300 biji pallet digunakan pada perlawanan tersebut
KBM Crew:Anggaran 500 biji pallet digunakan pada perlawanan tersebut

Memang Ask_Core Unit kalah teruk pada perlawanan tersebut..Teammate Ask_Core Unit diserang bertubi-tubi..

Walaupun team aku kalah..,(Teruk lak tu).,terima kasih aku ucapkan kepada KBM Crew kerana berjaya memberi kesedaran kepada kami..hahah...


Gambar Ask_Core Unit Ketika Beraksi

Pasukan kami baru tersedar sesuatu setelah dikalah..

Apa Kesedarannya?


Biasanya kami akan mengatur strategi untuk menyerang lawan..,tapi kami tak pernah fikir untuk menghadkan pergerakan lawan...Tu kesedaran yang pertama.

Yang ke2..Kami biasanya menyertai pertandingan yang menghadkan penggunaan pallet setiap orang untuk sesuatu perlawanan..Tapi kali ini bebas..jadi..,Ketika diserang bertubi-tubi..Kitaorang tak pernah tahu nak buat apa dengan cara yang selamat untuk membalas serangan itu kerana kami pasti akan disingkirkan jika salah langkah..

Buat sesiapa yang ingin mengambil atau melihat koleksi gambar di pertandingan ini..,silalah anda layari laman web rasmi Ask_Core Unit di http://askcoreunit.webs.com/
Pastu check la kat photo gallery ...

Thursday 23 April 2009

PS2 NPPL Championship Paintball 2009



Pada kali ini,kami ingin memperkenalkan CD gamez Ps2 yang terbaru tentang paintball yang baru dikeluarkan iaitu NPPL Championship Paintball 2009.

Tergerak pula hati aku untuk beli CD ini dan menguji gamez ini untuk check sama ada gamez ini best ke tak..Aku sebagai tester gamez ini mengambil masa selama 23 hari untuk mengabiskan career mode daripada pasukan divisyen 2 hinggalah ke pro..Maklumlah.,aku bekerja.Tak kan lah kerja asyik mengadap benda alah ni..Gamez ni mempunyai 4 stage untuk korang menghabiskan career mode iaitu Divisyen 2, Divisyen 1,semi-pro, dan Pro..Setiap pertandingan pula berlangsung ditempat yang berlainan dan menawarkan hadiah wang tunai untuk dimenangi.Duit yang dimenangi itu akan digunakan untuk korang meng-upgrade team korang tuk beli marker,hopper,barrel..Senang cite Equipment la.
Biasanya masalah yang gamer hadapi apabila ingin bermain game paintball adalah mengenai kawalan joystick..Memang bakar darah..sume button kene pakai.Tapi kalau dah biasa kira dah tak de hal la.Satu lagi loading....Game paintball biasanya memang bermasalah mengenai loading sehingga kadang-kadang terpaksa menunggu sehingga 5-10 minit untuk mula bermain.,namun game ini tidak mengecewakan kerana ianya hanya mengambil kira-kira 2 minit sahaja disamping ketika loading,akan disediakan tips-tips bergunakan untuk peminat paintball jika ingin bermain dalam game sebenar.
Equipment anda

Biasa kebanyakan format pertandingan yang disediakan dalam career mode ialah capture the flag..Ade juge push the buzer dan against battle dan team battle.

Keadaan ketika bertempur


Musuh kat depan tu


Got Cha


Jadi ape lagi lagi..Cube la..Jika berminat silalah beli di pusat game berhampiran anda..kalau kat area muar pula,belilah di kedai game dekat-dekat fresko tu..

Tuesday 20 January 2009

LAMAN WEB RASMI ASK_CORE UNIT

Gambar Paris Hilton ketika perasmian laman web Ask_Core Unit..
Hohoho(ketawa dengan penuh tipu helah)
Setelah selesai segala proses penyelenggaraan dan pembinaan serta kemasukan maklumat,maka Laman Web Ask_Core Unit telah dilancarkan secara rasminya.Kepada sesiapa yang berminat untuk melawat laman web kami,silalah layari laman web kami di http://askcoreunit.webs.com/ atau jika ingin kelihatan lebih bergaya,kliklah pada pautan Duit Syiling Mahal Ask_Core Unit Edisi Terhad yang terpapar di rungan kanan blog ini.

Apa Kandungannya?
Laman web ini menghidangkan kepada anda segala perkembangan pasukan kami iaitu Ask_Core Unit.Penerangan ini merangkumi sejarah penubuhan,perkembangan dan serba sedikit koleksi album kami..anda juga boleh meninggalkan komen diruangan blog di web tersebut.Kami juga ada menyediakan bahan-bahan mengenai peralatan asas Paintball yang disediakan khas buat sesiapa yang mula berjinak-jinak dengan sukan ini.Maklumat ini termasuklah berkenaan nama-nama bunker.