Siapa nak duit klik sini

Saturday, 10 October 2009

Program bengkel Pengadil dan Teknik Paintball berjalan lancar


Pada 3 Oktober 2009 yang lalu.,telah diadakan Bengkel Pengadilan dan teknik Paintball yang diadakan di Arena Paintball yang terletak di jalan Dato Haji Kosai,Muar Johor.Dengan acara yang dirancang secara teratur,maka kelancaran aktiviti ini berjalan dengan jayanya.

Aktiviti pertama yang diaturkan untuk kami untuk menjadi seorang Marshal ialah dengan mempelajari Teori-teori dan tips-tips yang berkaitan dengan Paintball yang dikepalai oleh Pengajar kami iaitu En junaidi bin Kalil,Presiden kepada salah satu badan pengadilan paintball dimalaysia iaitu Malaysian Marshal.Segala teknik-teknik asas mengenai undang-undang paintball yang mesti diketahui oleh Marshal dan juga Para Pemain.

Kami juga diajar untuk menghadapi karenah pemain dan masalah biasa yang dihadapi oleh setiap Pengadil di Malaysia ini.


Penerangan yang Jelas oleh En JunaidiTekun Mendengar


Sudah habis kursus teori yang dinyatakan oleh En Junaidi ini,Kami melangkah keluar daripada bilik ini untuk menjalani aktiviti yang seterusnya iaitu Teknik yang betul untuk bermain sebagai seorang Paintballer.

Aktiviti ini dijayakan Pula oleh Pasukan XFox ,johan divisyen 1 MPOC 2009 yang mengajar kami bagi silibus yang seterusnya.Antara perkara yang termasuk dalam pembelajaran adalah seperti berikut:

  1. Teknik pemanas badan yang betul
  2. Marker handeling
  3. Standing
  4. Baseball Sliding dan Superman sliding
  5. Snap Shooting
  6. BreakOut dan Breakout shooting
  7. Teknik-teknik yang memantapkan cara permainan
  8. Walk the field
  9. Dan banyak lagi

Ini bukan bacaan Ikrar
Penerangan


pesediaan
Pelajaran marker Handeling dan juga Posting
Sempat juga

Teknik betul BreakOut
BaseBall Sliding

Pengajaran Superman Sliding

Selepas semua silibus diajar termasuklah silibus yang terakhir iaitu walk the field.,Tibalah masanya untuk kami semua mempraktiskan apa yang diajar oleh mereka.Pada masa ini,para peserta akan dibahagikan kepada 3 kumpulan.Setiap kumpulan terdiri kepada 5 orang.Kami akan bermain bersama-sama dan menentang X Fox

Pada ketika ini,akan dibahagikan 2 kumpulan pada ketika ini iaitu 1 pasukan yang menentang pasukan X Fox,manakala 1 pasukan lagi menjadi Marshal dibawah bimbingan En Junaidi.

X Fox Beraksi

Penangan X Fox


Keputusan daripada perlawanan tersebut.,tak ada satu pasukan pun yang menang..hahaha
Namun penilaian mereka bukan kepada kemenangan,tetapi kepada prestasi dan meningkatan dari segi teknik dan komunikasi



Gambar Kenangan